Seorang wanita yang ku sangat kagum dan sanjungi dari dulu sampailah sekarang. Dia seorang wanita yang tabah,
peramah, lemah lembut dan sikap nya yang tidak sombong bila berjumpa dengan
peminatnya. Seorang yg berasal dari Felda Sedanyan Seremban Negeri Sembilan. Merupakan ank bongsu dari dua adik beradik. Menyanyi dan mendengar radio adalah hobinya.
Dia
melangkah ke dunia hiburan atau dikenali bidang nyanyian pada tahun 1999 iaitu
smasa umurnya 15 tahun. Album pertamanya berjudul ‘Gurindam Rindu Berkasih’ dan
menempatkan 4 buah lagu. Pada tahun 2000 dia telah menyanyi secara berduet dengan penyanyi
lelaki bernama achik. Lagu ‘Memori Kekasih’ adalah paling famous dan sentiasa segar sehingga kini. Terdapat
jugak beberapa lagu duet antara dia dan achik. Pasangan duet yang paling
popular dan serasi pada msa dahulu. Pihak pada tahun 2003 pihak FMC telah melancarkan album duet berjudul 'Istimewa untukmu' dan secara tdak langsung album ini meletup sekaligus dan didominasikan pasaran muzik pada tahun tersebut.
Salain lagu dia ada jugak berlakon dalam
beberapa drama seperti ‘ Helah, Wad 04, Prahara dan lain2 lagi. Teman rapat dia
ialah achik dan syura. Tetapi yang paling rapat semestinya achik kerana achik
teman selagu, teman sedrama dan teman berduet. Dia dan achik pernah digosipkan
pernah bercinta dan memang benar dorg pernah bercinta tettapi pada zaman remaja. Setelah meningka dewasa hbgan itu tdk diteruskan. Dia dan achik ada menerbitkan sebuah buku yang berjudul 'PELANGI JIWA'. buku tersebut mengisahkan sejarah kehidupan dan kerjaya dia dan jugak achik. Nak tahu lebih lanjut ttg buku tersebut kena beli.
Tahun demi tahun dan masa berlalu dgn pantas dia
telah mendirikan rumahtangga denga lelaki bernama faizal yusuf dan dikurniakan
anak lelaki bernama ‘Muhammad Rayyan Nakhaie’. Akan tetapi hubungan dgn suami x
kekal dan pada tahun 2011 bekas suami nye meninggal dunia. Manakala teman seduetnya
achik pun meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada april 2010.
Suatu ketika dahulu dia
ckup popular dengan lagu solo dan lagu duet bersama achik. Tetapi selepas
kematian bekas suami dan teman seduetnya achik namanya tidak lagi popular dan
kurang didengari. Akan tetapi dia teruskan kehidupan bersma ank tunggalnya rayyan
dan dia telah mebuka satu kedai butik jubah muslimah yang diberi nama ‘ Jubah
Paling Comel By Siti Nordiana’. Terdapat 3 butik di kl, Selangor dan Kelantan.
Walaupun dia bergelar ibu tunggal tetapi dia msih tetap bersemangat dan tetap
berusaha dalam membesarkan anaknya.
Dia tidak menyepikan diri malah dia sibuk
dengan butik nya dan juga anaknya. Dia masih aktif dalam nyanyian Cuma tawaran job nya
kurang. Dia pernah di reject tetapi dengan sikapnya yang penyabar dan tidak mudah putus asa dia dapat
meneruskan karier dia sebgai penyanyi dan artis. Dia kini adalah ibu n dia adalah ayah untuk satu2 nya anknya rayyan. Penampilan dia dulu dan
sekarang memang byk perubahan. Kini dia telah berhijab dan menutup auratnya.
Dia pun bertambah cantik dan comel.
Namanya dan karier nya berubah apabila dia
telah memasuki program astro iaitu ‘GEGAR VAGANZA musim 2 bermula pada 18 Oct
2015 di Astro Ria. Selepas memasuk gegar vanganza nama dia telah naik secara
mendadak. Namaya telah menjadi popular dan menjadi kesukaan ramai org. Namanya
dan gambarnya telah menjadi viral di fb,instagram,twitter,suratkhabar, televisyen,radio dan semua laman social. Dengan suaranya yang
sedap, mantap, merdu dan lantang telah menjadi kegilaan siapa yg mendengarnya.
Sesiapa yg mendengar pasti akan terpukau.
Dengan memasuki gegar vaganza dia
telah membuktikan yg artis dr kampong juga boleh Berjaya dan menjadi penyanyi yg
hebat. 8 minggu dia Berjaya merentap dan bersaing dgn peserta lain dgn hebat
sekali. 8 minggu jugak dia berusaha sedaya upaya untuk membuat persembahan yg terbaik. Setiap minggu persembahan dia semakin mantap,hebat dan gempak. Dia
umpama ‘Conan’ bagi apa saje lagu dia pasti dapat lawan dgn jayanya. Cara nyanyian
dia yg tersendiri dan lontaran suara yg original telah membuat ramai terpesona mendengarnya.
Walaupun nama sudah naik,popular dan
ditambah peminat yang terlalu ramai. Dia masih seperti dahulu seorg yang peramah
dan tidak sombong. Dia masih lagi boleh bergambar dgn fan club dan peminatny.
Dia boleh berborak dengan semua org x kira umur,pangkat dan bangsa. Itu lah
sifat dan sikap dia yg menyebabkan ku sesgt minat pdnya dr dlu senhingga kini. Sikapnya yang sentiasa rendah diri membuat ramai menyukainya n ingin mendampinginya. Itu saje kisah hidup dan kerjanya sebagai penyanyi dan pelakon. Dengan usaha gigihnya dia berjaya menjadi juara gegar vaganza musim kedua dan telah dianugerahkan persembahan terbaik. Dia telah membuktikan kepada semua orang yg dia boleh berjaya wlupun berasal dri kampung. Kejayaan dia telah membuka mata mereka yang memandang rendah padanya sebelum nie. Jangan ingat artis kampung tdk boleh berjaya dan menjadi artis yg hebat. Atas kesabaran dan ketabahan dia telah memberi hasil dan impak yg ckup hebat dan bermakna.
Dia adalah ‘SITI NORDIANA BT ALIAS’ atau dikenali sebagai KAK NANA. Tahniah kak nana atas juara gegar vaganza musim kedua oleh penaja dato seri vida pengasas Qu Puteh dan pamoga. Teruskan kerjaya kak nana dipersada seni n nyanyian sampai bila2. Semoga perniagaan butik Paling Comel sentiasa berkembang. LoVe u So
Much n forever. I will support n pray for u kak nana wlupun sya tidak
brkesempatan lagi untuk brjumpa kak nana. Perjuangan kak nana selama nie x sia2 dan tahniah diucapkan dari saya puteri ahli sitinordianafc ~ SNFC0195 ~





No comments:
Post a Comment